Monday, 26 December 2011

**Satu kisah dalam hidupku bersama Dr. Notts**

         Ini cerita aku di penggal kedua tahun 2011 yang diwarnai oleh banyak perkara sama ada yang manis mahupun sebaliknya tapi inilah yang menjadi asam garam kepada cerita dalam hidupku... cerita kehidupanku semakin di corak-corekkan dengan lebih meriah apabila aku masuk sebuah tempat yang di dalamnya ada seorang 'mahaguru' yang telah memperturunkan banyak ilmunya kepada aku dan kawan aku semua yang berada di tempat ini. " Mahaguru" aku banyak ilmu orangnya terutama bak-bak yang berkaitan dengan kecangihan dunia cyber ni dan dia juga seorang yang peramah, lucu, baik hati, penyayang (macam mak aku), dan sebagainya . Di "tempat ini" banyak mengajar aku tentang erti sabar yang sebenar (sampai tahap dewa) dan kerjasama dalam kumpulan. Kalau tak ada kerjasama, satu benda pun tak jadi dan jangan duk asyik makan dan tidur je dalam hidup ni (akulah salah seorang darinya) dan ada banyak benda lagi yang telah mengajar kami sepanjang aku berada dalam "tempat ini". 

bukan kerjasama macam ni ye, ni  kerjasama nak rosakkan l.top aku adalah.. aduh..

       Tugas pertama yang "Mahaguru" aku berikan adalah membuat satu majalah lebih kurang selepas itu buat video klip pula dalam setiap satu kumpulan dan masukkan ia ke dalam you tube. Disinilah juga telah membuka mata aku macam mana nak buat  ini menjadi sebuat video klip yang lengkap iaitu mengunakan movie maker. tajuk video pertama ahli kumpulan aku adalah 'bbk3408 cempaka sari "mungkinkah". dalam proses membuat video ni sampai tertidur-tidur aku di buatnya kerana sukar nak mengeditnya dan lama sangat masa untuk menyiapkannya.

masa nak buat video mungkinkah

      selepas buat video ni kami diuji lagi dengan diberi tugas untuk membuat satu lagi video klip dan di masukkan dalam youtube juga. tugas kali agak menarik juga iaitu hasilkan sebuah video Serammmm. untuk menghasikan video jenis ni agak sukar juga kerana semua ahli kumpulan aku ni termasuklah aku sendiri memang sukar sukar nak buat muka takut atau serius kecuali shidah dan ila je yang mampu berbuat demikian.. yang lain hancur. walau apapun hasilnya boleh tahan juga hehehe. 

 gambar ni masa video seram

     selain dari benda ni ada banyak lagi yang "Mahaguru" aku ajarkan dan aku sangat berterima kasih dengannya sebab banyak benda aku boleh belajar dengannya itu. antaranya adalah buat video klip dengan mengunakan kamera satu fakus je (video hey ladias), buat majalah atau papan cerita tentang barang apa yang kita nak jual, kena lukis satu papan iklan dan juga buat video klip yang tak menapakan muka kita tapi mesti ada cerita di dalamnya (video misi tangan). dan yang terbaru kumpulan aku buat adalah buat satu video klip (mesti kena masuk youtube) iaitu berkaitan dengan perbincangan atau perbahasan tentang sesuatu perkara.  kumpulan kami telah memilih tentang isu "kahwin paksa". mari layan video klip tentang " kahwin paksa" ni


     tugasan terakhir kami disini adalah membuat sebuah dokumentari tentang pencemaran. untuk melihat hasil kerja terakhir kami sila layan video ini ya semua.....



       banyak memory dan cerita menarik berlaku sepanjang aku berada di " Tempat ini". "tempat ini" yang aku maksudkan di dalam cerita aku ni adalah berkaitan dengan "kelas multimedia dalam kesusasteraan" dan "Mahagurunya" adalah Dr Normaliza atau Dr Notts iaitu pengajar kami.... saya sayangkan Dr Notts dan ini dia laman blognya http://aammwa.blogspot.com/. inilah orangnya

orangnya santai sahaja tapi banyak ilmu di dada..

 kumpulan cempaka sari


**Inilah ceritaku dan kenangan aku yang tidak mungkin kan berulang lagi dan lagi**

Sunday, 18 December 2011

Hari minggu bersama cerita korea

           semalam dengan hari ni aku hanya habiskan masa aku di bilik je. banyak benda telah aku lakukan hari ni dan semalam. contohnya aku dapat kemas bilik, basuh baju, makan sudah tentu, dan yang paling seronok dapat tengok cerita  korea. Rasanya dah lama aku tak tengok cerita korea ni. jadi bila ada perluang macam ni aku apa lagi terus cari koleksi cerita korea yang ada dalam simpanan aku. cerita pertama yang aku tengok adalah cerita  "p r o s e c u t o r  p r i n c e s s", cerita kedua "bad guy", cerita seterusnya "playful kiss". dalam ketiga-tiga cerita ni, bagi aku semuanya aku letakkan ia di dalam kategori "boleh tahan" iaitu tidak membosankan, tidak menghiburkan sangat, tidak sedih sangat dan bolehlah. dan sekarang aku sedang nak habiskan sebuah cerita korea lagi yang sedih sangat-sangat dan lebih sedih lagi dari cerita "ombak rindu" yang sedang ditayangkan di pawagan sekarang ni. tajuk cerita korea ni adalah "Sorry I Love You". diantara cerita cerita korea yang paling aku suka adalah cerita ni sebab jalan ceritanya menarik iaitu ia mengisahkan tentang seorang lelaki korea yang tinggal di luar negara dari kecil lagi dan pulang ke korea untuk mencari emak dan adik kandungnya. apabila dia sudah menemui kelurganya yang sebenar dia tetap tak dapat bersatu dengan mereka sebab masanya sudah tiba... saat nilah yang paling sedih sangat-sangat. kalau anda nak rasai kesedihan cerita ini sila tonton..


(diambil dr google)


("bad guy" google)


(google)
Image Detail
(google)

Image Detail
(google)

Image Detail
(hero 'sorry i love you' google)

Image Detail
(hero kedua. google)


Friday, 16 December 2011

Iklan yang menyentuh perasaan dan sarat dengan pengajaran.

semasa aku sibuk cari duk cari lagu-lagu kesukaan aku di youtube, dengan tak sengaja aku terjumpa dengan beberapa iklan dari Thailand yang menarik minat aku untuk menontonnya. Ada diantara iklan-iklan ini yang sangat-sangat menyentuh perasaan aku dan ada sangat-sangat lawak tapi ada pengajaran. 

dalam iklan pertama yang aku tonton ada yang sangat menyentuh perasaan aku ni iaitu ia memaparkan sebuah kisah tentang seorang gadis bisu yang punya semangat dan keinginan untuk  bermain biola. namun hasratnya itu tidak disenangi oleh seorang gadis normal yang sentiasa menghina kerana kekurangan gadis bisu itu.

walau apapun, gadis bisu itu tidak pernah berputus asa, bahkan dengan nasihat dari ayahnya (juga bisu) dia tetap meneruskan cita-cita untuk bermain biola dan dia juga tidak pernah merasakan kekurangan yang ada pada dirinya itu sebagai satu halangan buatnya untuk mencapai impian dia.

(youtube)

iklan seterusnya adalah mengenai kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. oleh kerana kasihnya ayah kepada anaknya dia sanggup berkorban apa sahaja untuk anaknya. seperti kata perpatah Melayu mengatakan yang kasih seorang Ayah sampai ke mati. samalah macam iklan nie. dan sebagai anak, kita seharusnya terima apa sahaja kekurangan yang ada pada diri ayah kita.


(youtube)



dalam semua iklan ni, mesti satu pengajaran diselitkan yang boleh membuatkan kita sedar tentang banyak perkara dalam hidup kita.




Wednesday, 14 December 2011

misi bermula

misi kami dah pun bermula. misi anda bagaimana???.....

*misi kami sangat hebat*

*misi kami sangat mencabar*

*hasilnya sangat dan sungguh-sungguh tak dapat nak kata gitu*

#nilailah sendiri*


pink dan putih bersatu menjadi "hey ladias"

sebelum matahari terbit, sebelum bulan menghilang, sebelum orang lain bangun, sebelum semuanya berlalu, sebelum makan pagi, Pink dan putih sudah bergerak mencari destinasi untuk bersatu menjadai 'Hey Ladies' versi Cempaka Sari......... di bukit exspo. dalam perjanan kami, kami telah terjumpa satu gelombang Pink hitam sedang nak buat BBQ di situ so kena pusing lagi dan cari lagi,. akhirnya kami jumpa juga......

hasil seni mizz ita

cool...


sedang mencari destinasi


wajah waktu pagi...

aku lapar..... kain tudung dah x jadi..

akademi sastera..

Pada 24 nov 2011 yang lalu aku dan mizz ita (peserta akademi sastera woww....) telah hadir dan menyaksikan pertandingan akademi sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka. pertadingan yang berlangsung di antara Universiti  ini sangat hebat kerana peserta yang terlibat dengannya juga sungguh hebat membentangkan makalah masing-masing. banyak idea yang bagus telah di persembahkan oleh mereka. aku rasa sangat bertuah kerana dapat datang menyaksikannya itu.. yang lebih-lebih aku suka datang ke sini sebab dapat makan makanan yang sedap dengan mizz ita (hahahah). walau apapun kita orang haruslah berterima kasih banyak-banyak dengan Dr Fazilah kerana sudi menghantar kami ke Dewan Bahasa dan Pustaka dan Dr Lim Swee Tim serta isterinya yang sudi juga hantar kami pulang ke Universiti semula....

mari tengok gambar sekitar berlangsungnya acara akademi sastera..

terima penghargaan

juri 1


juri 2


wakil UPM



aku dan mizz ita sudah kekenyangan n mengantuk...

tidur dulu  ya......

Sunday, 11 December 2011

Hasil kerja keras geng "Cempaka Sari"

Dalam bulan ni dah banyak perkara yang aku berlajar. tapi yang paling seronoknya adalah masa nak buat video....
video yang kami buat adalah ala ala macam Bruno Mars buat gitu yang lagu  The Lazy.. (bukan macam lagu dia  tu yang aku maksudkan tapi cari guna kamera satu hala dia tu). video ni walaupun nampak je simple atau biasa-biasa je bagi pandangan mereka yang tak tahu atau tak pernah buat video macam ni atau sbgainya (tak termasuk mereka yang dah pro ye) tapi bagi kami video nilah yang paling susah sekali kami nak buat.... aduh....

walau apapun jom layan video kami the geng...


Tuesday, 6 December 2011

Wednesday, 30 November 2011

Video yang membuat aku sedar (insaf)

Nak dijadikan cerita, masa aku duk sibuk cari lagu untuk buat video klip Cempaka Sari, aku telah terjumpa beberapa video klip dari nyanyian Opick yang membuatkan aku insaf terhadap banyak benda dalam hidup aku. aku tahu yang aku adalah insan yang kerdil yang banyak buat salah dan silap....... jadi...


jom layannnnnnnnnnnnnn........

 youtube 

youtube


Saturday, 26 November 2011

teater badai semalam dan kesibukanku.....

Dari minggu lepas sampai ke minggu ni aku memang sibuk giler.....

apa taknya... dari jumpa dengan penyelia (siap kena marah lagi dengan dia pasal salah buat sorotan kajian PITA),
sampailah kepada aku pergi tengok teater (bukan satu tapi dua buah) dan pergi seminar dekat DBP (bosan giler).

perkara pertama yang buat aku sibuk dalam minggu ni dan akan datang kot.... tak lain tak bukan pasal nak cari bahan rujukan untuk dikaji bagi menyiapkan PITA (projek tahun akhir) wah...... sebabnya penyelia aku ni bukan main cerewet lagi orangnya. aduh hai nasib badanlah aku boleh bawah dia ni. tapi tak pe juga sebab dia ni boleh melatih aku untuk jadi seorang yang sangat kreatif berfikir, bijak (macam seorang sarjana yang betul-betul katanyalah) dan satu lagi yang korang kena tahu pasal dia ni, mana-mana anak buah di bawah dia DILARANG SAMA SEKALI UNTUK MENGKAJI SESUATU KAJIAN YANG MEMISAHKAN ISLAM dalam kajian korang  (jangan nak cuba tukar tajuk kajian korang kalau dengan dia ni tambah-tambah yang berkaitan pasal Islam). 


perkara kedua adalah....... hahahaha....... aku duk sibuk tengok teaterlah apa lagi. teater yang pertama aku tengok adalah teater "harga sebuah maruah" yang berlangsung di DBP. aku tengok teater ni pada jumaat lepas  (18 nov 2011). teater ni boleh tahan juga dan yang paling penting tutor (Puan Milyana) aku sendiri yang berlakon di dalamnya sebagai "HABIBAH"

pentas dia

Cah (KHAMSAH ABDULLAH)

KAMI DAN PUAN MIL.



OK  cukup sudah teater "Harga sebuah Maruah" kiita tengok pulak teater "Badai Semalam" di Istana Budaya hehehehe....
bagi yang tak dapat pergi, tak pergi dan tak tahu yang kite orang pergi hahahaha maafkan kami ye.. tapi tak mengapa tahun depan kita pergi sama-sama ya.....
bagi aku teater ni menarik walaupun ada sedikit yang tak menariknya (ketika kat disko wah meletup giler..... tak terpejam mata aku melihatnya hahahaha). aku tak mahu komen lebih-lebih. nanti ada masa dan kalau ada diorang pentaskan lagi korang boleh lah pergi tengok ya...  tak rugi...... cerah mata melihatnya nanti. kanak-kanak kurang elok menonton cerita ni sebab ada unsur-unsur kedewasaan dalam teater ni ok.. 

PELAKON UTAMA


KALI PERTAM NUYU SAMPAI SINI... HEHEHE




Sunday, 20 November 2011

huhuhuhu...... aku and the geng masuk youtube........ hehehehe

ini merupakan video pertama kami buat untuk subjek sastera dalam multimedia dan di masukkan di dalam youtube class gitu..... hehehehe.


tup tup tup.......
hihihi
seramnye


Wednesday, 2 November 2011

Sekadar cerita disebalik gambar


Hasil kerja aku yang paling-paling mencabar.
...
Bukan senang do aku nak buat reaksi muka cam ni.
walau pe pun aku bangga dapat buat hehehehe, terima kasih Dr. Notts sebab ajar buat benda ni kalau tak kami tak tahu dan tak mungkin dapat menghasilkannya..
******

Posted by Picasa

Monday, 31 October 2011

Perkara yang aku tak boleh lupa dalam hidupku

Dalam hidup aku banyak perkara yang aku tak boleh nak lupa. Ada yang manis, masam, masin, pahit la kot...
.....
....
...
..
.
*
kenangan yang pertama yang aku tak leh luper....
hhmmmmmm
adalah kenangan aku jatuh dari pokok. pokok ni taklah tinggi sangat pun tapi adalah sama tinggi dengan atap rumah atok aku je, paham2 jelah rumah lama macam mana tingginya. waktu ni cerita tarzan memang hot sangat2 kat tv dan menjadi kegilaan budak2 macam aku ni.
so aku dengan kakak dan arwah abang aku pun ape lagi....hehehe, kite orang buat talinye dengan akar pokok entah ape namanya aku tak tahu. masa akak dan arwah abang aku main ok je tapi masa tiba giliran aku aduh... tali dia putus la....
**
yang kedua, masa aku lukakan dahi kakak aku dengan buluh tajam (taklah parah sangat tapi parutnya kekal sampai sekarang di tengah2 dahinya). waktu ni aku dengan kakak aku nak ambik buah pauh ( buah mangga). oleh kerana masa ni kak aku pakai baju kurung dan aku pakai seluar jadi aku yang kena memanjat pokok ini. semasa aku sedang seronok ambik buah ini aku dengan tak sengaja (mungkin sengaja kot sbb kak aku kat bwh sibuk je bagi arahan) aku pun terlepas galah buluh ditangan aku lalu jatuh betul2 atas dahi dia. darah dia keluar banyak.
###

hmmm kenangan yang memang aku tak dapat lupe punye,  iaitu waktu pertama kali  mak aku ajar aku bawa motor. masa ni aku sangat happy  sebab boleh bawa motor. tapi sebelum aku pandai bawa, satu  kemalangan kecil telah berlaku . tapi tak melibatkan kehingan nyawa  atau kecederaan k, just motor tu je rosak sebab aku langgar  tempat letak  kereta bapak saudara aku.
**
kenangan aku masa kanak-kanak tak banyak aku ingat (mungkin aku sengaja nak lupakan) sebab banyak sangat berkaitan dengan arwah abang aku, aku memang rapat giler dengan dia dan selepas dia meninggal, aku jadi sunyi, tak tahu nak buat ape, nak main apa, kat mana nak main, permainan apa yang nak dimainkan, tak boleh ponteng sekolah sama2, tak boleh berkonvoi basikal ramai-ramai gi jalan-jalan, aku juga tak suka main benda yang aku suka main dengannya dan kawan2 dia  . hidup memang membosankan lepas dia tak ada.
*********
***
forget the memories of past
**
*
kenangan ku zaman moden.....
kali pertama aku masuk kelas tingkatan enam di sebuah sekolah baru dan ramai kawan-kawan baru,dan sangat dekat dengan Kota Bharu, jalan kaki pun boleh sampai disitu. waktu ni sangat meriah giler. dan kelas kite orang memang disenarai hitam oleh pengetua sek. sebab terlalu kreatif, inovatif  dan produktif dalam hidup hehehe. tapi jangan bimbang kami semua bukan budak jahat.. walaupun kami sering menjadi buah mulut  guru2 di sekolah ni tapi kami tetap boleh masuk "U" juga akhirnya dan jadi insan berguna kepada agama, ibu bapa, keluarga, guru2 serta negara gitu.. 
***
*

  

Sunday, 23 October 2011

kenangan bersama ida nerina dan dato' zahim albakri

Pada 18 okt 2011, aku dan budak-budak "seni lakon" telah hadir ke sebuah mjlis sepetang bersama dengan Ida Nerina dan Dato' Zahim di DKAA Fbmk. nilah first time aku tengok wajah mereka berdua secara dekat siap boleh berbual-bual dan bergambar bersama lagi hehehehe. mereka berdua sangat mesra melayan karenah dan gelagat kami terutama si I yang banyak mulut tu.... 

manisnya senyuman Ida Nerina


kenangan bersama


cantik dan manis si I hari ni.

Thursday, 20 October 2011

Jawapan TerhaDap My Life is AbaUt J.......

WaH.... SungguH Menarik sekali SoaLan Yang Dibagi Oleh Dr. NoTTs....


Sekali Aku baca Tajuk Nii, Terus Aku Semak Blog Dia. yAng pertamA aku Tengok AdalaH Yang BerTajuk Amsterdam, Switzerland dan Lain2.. dan JugA PasaL ceRita korEa (hehehe) unTuK cari JawaPan aKan PersoaLan INi...


SelePas Aku Baca Berkali-Kali AkHirnya akU pun buat keputuSan untuk Selesaikannya......


baGi yang berNamA JasPer ni aku Rasa diA buKan terDiri Dari ManusiA, Mungkin Dia Ni "sesUatu", "makhluk" (Bahasa MudahnYa Hantu) atau " BinatanG" (labah-labah yang Suka sanGat Buat saRang Sesuka Hati Dia Je).


yAng Si johN ni Pulak............. bolEh jaDi ianyA nAMa "kedai Makan", Kawan Laki-Laki Dr. diluAr NegaRa, atau anAk Dr. Si Muhammad dan Mungkin JuGA Dr. Notts Sendiri.


daN si Jonah Pulak..... Masa Aku DengaR Je Nama ni Dalam Kepala Aku Satu Je yang terPikir iaItu TemaN Bergosip.... mungkin Si Jonah ni Kawan Perempaua Atau Anak Dr. tu Sendiri Iaitu Si Maisarah Atau Widad...
................................................................********..................................................................


Aku Harap Jawapan ni Boleh Diterima.... sebab Sambil Aku Cari Siapa Mereka semUA ni, Aku jUga Cari Tajuk Cerita Korea Terbaru Dalam Blog Dr. Notts Yang Aku belum Tengok LAgi.....>3>3

Tuesday, 11 October 2011

bersantai bersama kawan......

Seronoknya kalau dapat bersama selalu macam ni...

Tetap bersama

Hasil kerja tangan kami

Kawanku tersayang k.

Jom shopping

nak cari makam plak...

Lepak.



kalau boleh aku nak berada bersama korang selalu. korang semua memang hebat.... bertuah aku dapat bersama kamu geng....

Saturday, 1 October 2011

Aku di tinggalkan oleh my frenz.....

sampai ati korang semua tinggalkan aku.. sedihnya aku, so sad....  mereka pergi shopping, banyak barang yang mereka beli dan waktu mereka pulang, mereka tunjuk kat aku barang yang mereka beli tu. sabar je lah... mungkin next time aku pulak akan pergi shopping. piwittttt.

Sunday, 18 September 2011

Sesuatu yang membuatkan aku happy

Hai ,

tahun ini adalah tahun yang mengembirakan aku hehehehe.
sebabnya dalam satu tahun aku dapat empat anak buah (anak saudara, seorang lagi coming soon bulan 11 ni).
Tapi sayang laki-laki seorang je dan seorang lagi belum tahu lagi huhuhu. Harap-harap laki-laki sebab ayah aku nak cucu laki-laki kerana cucunye yang perempuan dah ramai hahaha. kalau nak buat makan-makan kat rumah dah tak perlu panggil orang lain lagi untuk memasak... ni yang buat aku happy sangat2