Dalam hidup aku banyak perkara yang aku tak boleh nak lupa. Ada yang manis, masam, masin, pahit la kot...
.....
....
...
..
.
*
kenangan yang pertama yang aku tak leh luper....
hhmmmmmm
adalah kenangan aku jatuh dari pokok. pokok ni taklah tinggi sangat pun tapi adalah sama tinggi dengan atap rumah atok aku je, paham2 jelah rumah lama macam mana tingginya. waktu ni cerita tarzan memang hot sangat2 kat tv dan menjadi kegilaan budak2 macam aku ni.
so aku dengan kakak dan arwah abang aku pun ape lagi....hehehe, kite orang buat talinye dengan akar pokok entah ape namanya aku tak tahu. masa akak dan arwah abang aku main ok je tapi masa tiba giliran aku aduh... tali dia putus la....
**
yang kedua, masa aku lukakan dahi kakak aku dengan buluh tajam (taklah parah sangat tapi parutnya kekal sampai sekarang di tengah2 dahinya). waktu ni aku dengan kakak aku nak ambik buah pauh ( buah mangga). oleh kerana masa ni kak aku pakai baju kurung dan aku pakai seluar jadi aku yang kena memanjat pokok ini. semasa aku sedang seronok ambik buah ini aku dengan tak sengaja (mungkin sengaja kot sbb kak aku kat bwh sibuk je bagi arahan) aku pun terlepas galah buluh ditangan aku lalu jatuh betul2 atas dahi dia. darah dia keluar banyak.
###
hmmm kenangan yang memang aku tak dapat lupe punye, iaitu waktu pertama kali mak aku ajar aku bawa motor. masa ni aku sangat happy sebab boleh bawa motor. tapi sebelum aku pandai bawa, satu kemalangan kecil telah berlaku . tapi tak melibatkan kehingan nyawa atau kecederaan k, just motor tu je rosak sebab aku langgar tempat letak kereta bapak saudara aku.
**
kenangan aku masa kanak-kanak tak banyak aku ingat (mungkin aku sengaja nak lupakan) sebab banyak sangat berkaitan dengan arwah abang aku, aku memang rapat giler dengan dia dan selepas dia meninggal, aku jadi sunyi, tak tahu nak buat ape, nak main apa, kat mana nak main, permainan apa yang nak dimainkan, tak boleh ponteng sekolah sama2, tak boleh berkonvoi basikal ramai-ramai gi jalan-jalan, aku juga tak suka main benda yang aku suka main dengannya dan kawan2 dia . hidup memang membosankan lepas dia tak ada.
*********
***
**
*
kenangan ku zaman moden.....
kali pertama aku masuk kelas tingkatan enam di sebuah sekolah baru dan ramai kawan-kawan baru,dan sangat dekat dengan Kota Bharu, jalan kaki pun boleh sampai disitu. waktu ni sangat meriah giler. dan kelas kite orang memang disenarai hitam oleh pengetua sek. sebab terlalu kreatif, inovatif dan produktif dalam hidup hehehe. tapi jangan bimbang kami semua bukan budak jahat.. walaupun kami sering menjadi buah mulut guru2 di sekolah ni tapi kami tetap boleh masuk "U" juga akhirnya dan jadi insan berguna kepada agama, ibu bapa, keluarga, guru2 serta negara gitu..
***
*
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.