Monday 26 December 2011

**Satu kisah dalam hidupku bersama Dr. Notts**

         Ini cerita aku di penggal kedua tahun 2011 yang diwarnai oleh banyak perkara sama ada yang manis mahupun sebaliknya tapi inilah yang menjadi asam garam kepada cerita dalam hidupku... cerita kehidupanku semakin di corak-corekkan dengan lebih meriah apabila aku masuk sebuah tempat yang di dalamnya ada seorang 'mahaguru' yang telah memperturunkan banyak ilmunya kepada aku dan kawan aku semua yang berada di tempat ini. " Mahaguru" aku banyak ilmu orangnya terutama bak-bak yang berkaitan dengan kecangihan dunia cyber ni dan dia juga seorang yang peramah, lucu, baik hati, penyayang (macam mak aku), dan sebagainya . Di "tempat ini" banyak mengajar aku tentang erti sabar yang sebenar (sampai tahap dewa) dan kerjasama dalam kumpulan. Kalau tak ada kerjasama, satu benda pun tak jadi dan jangan duk asyik makan dan tidur je dalam hidup ni (akulah salah seorang darinya) dan ada banyak benda lagi yang telah mengajar kami sepanjang aku berada dalam "tempat ini". 

bukan kerjasama macam ni ye, ni  kerjasama nak rosakkan l.top aku adalah.. aduh..

       Tugas pertama yang "Mahaguru" aku berikan adalah membuat satu majalah lebih kurang selepas itu buat video klip pula dalam setiap satu kumpulan dan masukkan ia ke dalam you tube. Disinilah juga telah membuka mata aku macam mana nak buat  ini menjadi sebuat video klip yang lengkap iaitu mengunakan movie maker. tajuk video pertama ahli kumpulan aku adalah 'bbk3408 cempaka sari "mungkinkah". dalam proses membuat video ni sampai tertidur-tidur aku di buatnya kerana sukar nak mengeditnya dan lama sangat masa untuk menyiapkannya.

masa nak buat video mungkinkah

      selepas buat video ni kami diuji lagi dengan diberi tugas untuk membuat satu lagi video klip dan di masukkan dalam youtube juga. tugas kali agak menarik juga iaitu hasilkan sebuah video Serammmm. untuk menghasikan video jenis ni agak sukar juga kerana semua ahli kumpulan aku ni termasuklah aku sendiri memang sukar sukar nak buat muka takut atau serius kecuali shidah dan ila je yang mampu berbuat demikian.. yang lain hancur. walau apapun hasilnya boleh tahan juga hehehe. 

 gambar ni masa video seram

     selain dari benda ni ada banyak lagi yang "Mahaguru" aku ajarkan dan aku sangat berterima kasih dengannya sebab banyak benda aku boleh belajar dengannya itu. antaranya adalah buat video klip dengan mengunakan kamera satu fakus je (video hey ladias), buat majalah atau papan cerita tentang barang apa yang kita nak jual, kena lukis satu papan iklan dan juga buat video klip yang tak menapakan muka kita tapi mesti ada cerita di dalamnya (video misi tangan). dan yang terbaru kumpulan aku buat adalah buat satu video klip (mesti kena masuk youtube) iaitu berkaitan dengan perbincangan atau perbahasan tentang sesuatu perkara.  kumpulan kami telah memilih tentang isu "kahwin paksa". mari layan video klip tentang " kahwin paksa" ni


     tugasan terakhir kami disini adalah membuat sebuah dokumentari tentang pencemaran. untuk melihat hasil kerja terakhir kami sila layan video ini ya semua.....



       banyak memory dan cerita menarik berlaku sepanjang aku berada di " Tempat ini". "tempat ini" yang aku maksudkan di dalam cerita aku ni adalah berkaitan dengan "kelas multimedia dalam kesusasteraan" dan "Mahagurunya" adalah Dr Normaliza atau Dr Notts iaitu pengajar kami.... saya sayangkan Dr Notts dan ini dia laman blognya http://aammwa.blogspot.com/. inilah orangnya

orangnya santai sahaja tapi banyak ilmu di dada..

 kumpulan cempaka sari


**Inilah ceritaku dan kenangan aku yang tidak mungkin kan berulang lagi dan lagi**

Sunday 18 December 2011

Hari minggu bersama cerita korea

           semalam dengan hari ni aku hanya habiskan masa aku di bilik je. banyak benda telah aku lakukan hari ni dan semalam. contohnya aku dapat kemas bilik, basuh baju, makan sudah tentu, dan yang paling seronok dapat tengok cerita  korea. Rasanya dah lama aku tak tengok cerita korea ni. jadi bila ada perluang macam ni aku apa lagi terus cari koleksi cerita korea yang ada dalam simpanan aku. cerita pertama yang aku tengok adalah cerita  "p r o s e c u t o r  p r i n c e s s", cerita kedua "bad guy", cerita seterusnya "playful kiss". dalam ketiga-tiga cerita ni, bagi aku semuanya aku letakkan ia di dalam kategori "boleh tahan" iaitu tidak membosankan, tidak menghiburkan sangat, tidak sedih sangat dan bolehlah. dan sekarang aku sedang nak habiskan sebuah cerita korea lagi yang sedih sangat-sangat dan lebih sedih lagi dari cerita "ombak rindu" yang sedang ditayangkan di pawagan sekarang ni. tajuk cerita korea ni adalah "Sorry I Love You". diantara cerita cerita korea yang paling aku suka adalah cerita ni sebab jalan ceritanya menarik iaitu ia mengisahkan tentang seorang lelaki korea yang tinggal di luar negara dari kecil lagi dan pulang ke korea untuk mencari emak dan adik kandungnya. apabila dia sudah menemui kelurganya yang sebenar dia tetap tak dapat bersatu dengan mereka sebab masanya sudah tiba... saat nilah yang paling sedih sangat-sangat. kalau anda nak rasai kesedihan cerita ini sila tonton..


(diambil dr google)


("bad guy" google)


(google)
Image Detail
(google)

Image Detail
(google)

Image Detail
(hero 'sorry i love you' google)

Image Detail
(hero kedua. google)


Friday 16 December 2011

Iklan yang menyentuh perasaan dan sarat dengan pengajaran.

semasa aku sibuk cari duk cari lagu-lagu kesukaan aku di youtube, dengan tak sengaja aku terjumpa dengan beberapa iklan dari Thailand yang menarik minat aku untuk menontonnya. Ada diantara iklan-iklan ini yang sangat-sangat menyentuh perasaan aku dan ada sangat-sangat lawak tapi ada pengajaran. 

dalam iklan pertama yang aku tonton ada yang sangat menyentuh perasaan aku ni iaitu ia memaparkan sebuah kisah tentang seorang gadis bisu yang punya semangat dan keinginan untuk  bermain biola. namun hasratnya itu tidak disenangi oleh seorang gadis normal yang sentiasa menghina kerana kekurangan gadis bisu itu.

walau apapun, gadis bisu itu tidak pernah berputus asa, bahkan dengan nasihat dari ayahnya (juga bisu) dia tetap meneruskan cita-cita untuk bermain biola dan dia juga tidak pernah merasakan kekurangan yang ada pada dirinya itu sebagai satu halangan buatnya untuk mencapai impian dia.

(youtube)

iklan seterusnya adalah mengenai kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. oleh kerana kasihnya ayah kepada anaknya dia sanggup berkorban apa sahaja untuk anaknya. seperti kata perpatah Melayu mengatakan yang kasih seorang Ayah sampai ke mati. samalah macam iklan nie. dan sebagai anak, kita seharusnya terima apa sahaja kekurangan yang ada pada diri ayah kita.


(youtube)



dalam semua iklan ni, mesti satu pengajaran diselitkan yang boleh membuatkan kita sedar tentang banyak perkara dalam hidup kita.




Wednesday 14 December 2011

misi bermula

misi kami dah pun bermula. misi anda bagaimana???.....

*misi kami sangat hebat*

*misi kami sangat mencabar*

*hasilnya sangat dan sungguh-sungguh tak dapat nak kata gitu*

#nilailah sendiri*


pink dan putih bersatu menjadi "hey ladias"

sebelum matahari terbit, sebelum bulan menghilang, sebelum orang lain bangun, sebelum semuanya berlalu, sebelum makan pagi, Pink dan putih sudah bergerak mencari destinasi untuk bersatu menjadai 'Hey Ladies' versi Cempaka Sari......... di bukit exspo. dalam perjanan kami, kami telah terjumpa satu gelombang Pink hitam sedang nak buat BBQ di situ so kena pusing lagi dan cari lagi,. akhirnya kami jumpa juga......

hasil seni mizz ita

cool...


sedang mencari destinasi


wajah waktu pagi...

aku lapar..... kain tudung dah x jadi..

akademi sastera..

Pada 24 nov 2011 yang lalu aku dan mizz ita (peserta akademi sastera woww....) telah hadir dan menyaksikan pertandingan akademi sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka. pertadingan yang berlangsung di antara Universiti  ini sangat hebat kerana peserta yang terlibat dengannya juga sungguh hebat membentangkan makalah masing-masing. banyak idea yang bagus telah di persembahkan oleh mereka. aku rasa sangat bertuah kerana dapat datang menyaksikannya itu.. yang lebih-lebih aku suka datang ke sini sebab dapat makan makanan yang sedap dengan mizz ita (hahahah). walau apapun kita orang haruslah berterima kasih banyak-banyak dengan Dr Fazilah kerana sudi menghantar kami ke Dewan Bahasa dan Pustaka dan Dr Lim Swee Tim serta isterinya yang sudi juga hantar kami pulang ke Universiti semula....

mari tengok gambar sekitar berlangsungnya acara akademi sastera..

terima penghargaan

juri 1


juri 2


wakil UPM



aku dan mizz ita sudah kekenyangan n mengantuk...

tidur dulu  ya......

Sunday 11 December 2011

Hasil kerja keras geng "Cempaka Sari"

Dalam bulan ni dah banyak perkara yang aku berlajar. tapi yang paling seronoknya adalah masa nak buat video....
video yang kami buat adalah ala ala macam Bruno Mars buat gitu yang lagu  The Lazy.. (bukan macam lagu dia  tu yang aku maksudkan tapi cari guna kamera satu hala dia tu). video ni walaupun nampak je simple atau biasa-biasa je bagi pandangan mereka yang tak tahu atau tak pernah buat video macam ni atau sbgainya (tak termasuk mereka yang dah pro ye) tapi bagi kami video nilah yang paling susah sekali kami nak buat.... aduh....

walau apapun jom layan video kami the geng...