semasa aku sibuk cari duk cari lagu-lagu kesukaan aku di youtube, dengan tak sengaja aku terjumpa dengan beberapa iklan dari Thailand yang menarik minat aku untuk menontonnya. Ada diantara iklan-iklan ini yang sangat-sangat menyentuh perasaan aku dan ada sangat-sangat lawak tapi ada pengajaran.
dalam iklan pertama yang aku tonton ada yang sangat menyentuh perasaan aku ni iaitu ia memaparkan sebuah kisah tentang seorang gadis bisu yang punya semangat dan keinginan untuk bermain biola. namun hasratnya itu tidak disenangi oleh seorang gadis normal yang sentiasa menghina kerana kekurangan gadis bisu itu.
walau apapun, gadis bisu itu tidak pernah berputus asa, bahkan dengan nasihat dari ayahnya (juga bisu) dia tetap meneruskan cita-cita untuk bermain biola dan dia juga tidak pernah merasakan kekurangan yang ada pada dirinya itu sebagai satu halangan buatnya untuk mencapai impian dia.
(youtube)
iklan seterusnya adalah mengenai kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. oleh kerana kasihnya ayah kepada anaknya dia sanggup berkorban apa sahaja untuk anaknya. seperti kata perpatah Melayu mengatakan yang kasih seorang Ayah sampai ke mati. samalah macam iklan nie. dan sebagai anak, kita seharusnya terima apa sahaja kekurangan yang ada pada diri ayah kita.
(youtube)
dalam semua iklan ni, mesti satu pengajaran diselitkan yang boleh membuatkan kita sedar tentang banyak perkara dalam hidup kita.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.