Monday, 26 December 2011

**Satu kisah dalam hidupku bersama Dr. Notts**

         Ini cerita aku di penggal kedua tahun 2011 yang diwarnai oleh banyak perkara sama ada yang manis mahupun sebaliknya tapi inilah yang menjadi asam garam kepada cerita dalam hidupku... cerita kehidupanku semakin di corak-corekkan dengan lebih meriah apabila aku masuk sebuah tempat yang di dalamnya ada seorang 'mahaguru' yang telah memperturunkan banyak ilmunya kepada aku dan kawan aku semua yang berada di tempat ini. " Mahaguru" aku banyak ilmu orangnya terutama bak-bak yang berkaitan dengan kecangihan dunia cyber ni dan dia juga seorang yang peramah, lucu, baik hati, penyayang (macam mak aku), dan sebagainya . Di "tempat ini" banyak mengajar aku tentang erti sabar yang sebenar (sampai tahap dewa) dan kerjasama dalam kumpulan. Kalau tak ada kerjasama, satu benda pun tak jadi dan jangan duk asyik makan dan tidur je dalam hidup ni (akulah salah seorang darinya) dan ada banyak benda lagi yang telah mengajar kami sepanjang aku berada dalam "tempat ini". 

bukan kerjasama macam ni ye, ni  kerjasama nak rosakkan l.top aku adalah.. aduh..

       Tugas pertama yang "Mahaguru" aku berikan adalah membuat satu majalah lebih kurang selepas itu buat video klip pula dalam setiap satu kumpulan dan masukkan ia ke dalam you tube. Disinilah juga telah membuka mata aku macam mana nak buat  ini menjadi sebuat video klip yang lengkap iaitu mengunakan movie maker. tajuk video pertama ahli kumpulan aku adalah 'bbk3408 cempaka sari "mungkinkah". dalam proses membuat video ni sampai tertidur-tidur aku di buatnya kerana sukar nak mengeditnya dan lama sangat masa untuk menyiapkannya.

masa nak buat video mungkinkah

      selepas buat video ni kami diuji lagi dengan diberi tugas untuk membuat satu lagi video klip dan di masukkan dalam youtube juga. tugas kali agak menarik juga iaitu hasilkan sebuah video Serammmm. untuk menghasikan video jenis ni agak sukar juga kerana semua ahli kumpulan aku ni termasuklah aku sendiri memang sukar sukar nak buat muka takut atau serius kecuali shidah dan ila je yang mampu berbuat demikian.. yang lain hancur. walau apapun hasilnya boleh tahan juga hehehe. 

 gambar ni masa video seram

     selain dari benda ni ada banyak lagi yang "Mahaguru" aku ajarkan dan aku sangat berterima kasih dengannya sebab banyak benda aku boleh belajar dengannya itu. antaranya adalah buat video klip dengan mengunakan kamera satu fakus je (video hey ladias), buat majalah atau papan cerita tentang barang apa yang kita nak jual, kena lukis satu papan iklan dan juga buat video klip yang tak menapakan muka kita tapi mesti ada cerita di dalamnya (video misi tangan). dan yang terbaru kumpulan aku buat adalah buat satu video klip (mesti kena masuk youtube) iaitu berkaitan dengan perbincangan atau perbahasan tentang sesuatu perkara.  kumpulan kami telah memilih tentang isu "kahwin paksa". mari layan video klip tentang " kahwin paksa" ni


     tugasan terakhir kami disini adalah membuat sebuah dokumentari tentang pencemaran. untuk melihat hasil kerja terakhir kami sila layan video ini ya semua.....



       banyak memory dan cerita menarik berlaku sepanjang aku berada di " Tempat ini". "tempat ini" yang aku maksudkan di dalam cerita aku ni adalah berkaitan dengan "kelas multimedia dalam kesusasteraan" dan "Mahagurunya" adalah Dr Normaliza atau Dr Notts iaitu pengajar kami.... saya sayangkan Dr Notts dan ini dia laman blognya http://aammwa.blogspot.com/. inilah orangnya

orangnya santai sahaja tapi banyak ilmu di dada..

 kumpulan cempaka sari


**Inilah ceritaku dan kenangan aku yang tidak mungkin kan berulang lagi dan lagi**

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.