Dari minggu lepas sampai ke minggu ni aku memang sibuk giler.....
apa taknya... dari jumpa dengan penyelia (siap kena marah lagi dengan dia pasal salah buat sorotan kajian PITA),
sampailah kepada aku pergi tengok teater (bukan satu tapi dua buah) dan pergi seminar dekat DBP (bosan giler).
perkara pertama yang buat aku sibuk dalam minggu ni dan akan datang kot.... tak lain tak bukan pasal nak cari bahan rujukan untuk dikaji bagi menyiapkan PITA (projek tahun akhir) wah...... sebabnya penyelia aku ni bukan main cerewet lagi orangnya. aduh hai nasib badanlah aku boleh bawah dia ni. tapi tak pe juga sebab dia ni boleh melatih aku untuk jadi seorang yang sangat kreatif berfikir, bijak (macam seorang sarjana yang betul-betul katanyalah) dan satu lagi yang korang kena tahu pasal dia ni, mana-mana anak buah di bawah dia DILARANG SAMA SEKALI UNTUK MENGKAJI SESUATU KAJIAN YANG MEMISAHKAN ISLAM dalam kajian korang (jangan nak cuba tukar tajuk kajian korang kalau dengan dia ni tambah-tambah yang berkaitan pasal Islam).
perkara kedua adalah....... hahahaha....... aku duk sibuk tengok teaterlah apa lagi. teater yang pertama aku tengok adalah teater "harga sebuah maruah" yang berlangsung di DBP. aku tengok teater ni pada jumaat lepas (18 nov 2011). teater ni boleh tahan juga dan yang paling penting tutor (Puan Milyana) aku sendiri yang berlakon di dalamnya sebagai "HABIBAH"
pentas dia
Cah (KHAMSAH ABDULLAH)
KAMI DAN PUAN MIL.
OK cukup sudah teater "Harga sebuah Maruah" kiita tengok pulak teater "Badai Semalam" di Istana Budaya hehehehe....
bagi yang tak dapat pergi, tak pergi dan tak tahu yang kite orang pergi hahahaha maafkan kami ye.. tapi tak mengapa tahun depan kita pergi sama-sama ya.....
bagi aku teater ni menarik walaupun ada sedikit yang tak menariknya (ketika kat disko wah meletup giler..... tak terpejam mata aku melihatnya hahahaha). aku tak mahu komen lebih-lebih. nanti ada masa dan kalau ada diorang pentaskan lagi korang boleh lah pergi tengok ya... tak rugi...... cerah mata melihatnya nanti. kanak-kanak kurang elok menonton cerita ni sebab ada unsur-unsur kedewasaan dalam teater ni ok..
PELAKON UTAMA
KALI PERTAM NUYU SAMPAI SINI... HEHEHE
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.