Saturday, 24 March 2012

happy mood with bigbang

mood terus jadi baik setelah tengok video-video kesukaan aku.

*bigbang*
~is the best~
>"I love you forever"<
 >*Fantastic baby*< 
>*Tonight*<

~***good....good....good***~

[youtube]

Sunday, 11 March 2012

jalan-jalan di sogo dan kawasan sekitar.,

      pada jumaat lepas (09/03/2021) aku, nozie dan adda gi ke sogo beli barang. setibanya aku di situ aku terus menuju ke mesin ATM, lepas tu aku pun terus pergi tengok  baju dan seluar yang di letakkan di bawah dengan harga yang murah giler. bukan je murah baju-baju yang ada di sini tapi lawa-lawa semuanya.

      oleh kerana hargnya yang murah aku terus ambil 4 pasang baju. memang giler. kalau sesiapapun yang ada di sini pasti akan jadi macam aku ni juga. selesai cari baju di bawahdan perutpun dah terasa lapar pula, jom gi makan dulu.... sebelum tu aku dan adda temankan nozie cari kasut untuknya dulu. dalam cari-cari kasut untuk nozie, adda pula yang jatuh hati terlebih dahulu dengan sepasang selipar. (lupa jenamanya). last sekali baru jumpa kasut yang nozie nak, lawa kasut ni. mari makan......... lapar ni...

       aku dengan nozie makan nasi campur dan adda pula makan laksa pinang. dah kenyang makan aku teman adda cari seluar pulak pilih punya pilih dia ambil sepasang seluar warna hitam cantik juga harga pun murah dalam RM40 lebih kurang. memang murah dan berkualiti kainnya.

       dah habis jelajah seluruh sogo kami pun keluar dari sogo dan menuju ke kawasan sekitarnya pulak. mula-mula aku nak tengok-tengok je tapi lepas tu terbeli barang pulak dah. mengalir lagi duit di sini. mula-mula cari kain tudung, selipar, dan termasuk pulak ke dalam sebuah kedai buku. dalam kedai ni semua buku ada sama ada novel, buku agama dan lain-lain. kerana banyaknya uku dalam kedai ni kami pun belilah pulak buku dua tiga biji buah ha ha ha....... dalam kedai ni habis aku melabur duit dalam RM 70 hinggit. tapi takpe buku itu ilmu....



      keluar dari kedai itu tengok-tengok kedai sekitar dan kami pun terjumpa sebuah kedai kain tudung yang nozie cari iaitu kedai NurKasih. dalam kedai ni banyak kain tudung yang cantik-cantik sama cantik dengan harganya. kami cuba nak tawar menawar tapi tak boleh. ok takpe aku tak nak beli tapi adda tetap beli 'orang kaya' katakan.

     akhir sekali kami pergi ke Mydin. Mydin lagi... nak buat cam mana disini barangnya murah-murah. tengok mana-mana barang murah.. dari tingkat bawah ke tingkat dan turun semula. cari yang mana suka. tup... tup... tup.... mengalir...mengalir... mengalir lagi duit aku macam air sungai je..

cuba nak makan nesvita pulak.. 

     oleh kerana hari dah lewat petang dan kaki pun dah x dapat berjalan dengan betul kami pun buat keputusan nak balik. tiba-tiba dalam perjalanan tu kami singgah di sebuah kedai baju. dalam kedai ni menjual baju-baju yang sangat menarik dan harganya pun boleh tahan dalam RM 20 hinggit je satu pasang. aku ambil satu, nozie satu, dan adda satu. tapi duit aku dah habih terpaksa lah minta dengan nozie dulu. terima kasih nozie sebab bagi pinjam.

   ok duit dah habih, kaki dah letih jom kita pula semua............

Tuesday, 6 March 2012

Mizz Bam.




sabtu, 3 mac 2012.

sedang asyik dan lenanya aku duk tidur dengan roommate aku di bilik tiba-tiba aku terdengar satu bunyi....... makin lama makin jelas di telinga aku dan makin kabul pula mimpi aku. aduh..... rupa-rupanya bunyi yang mengganggu aku tidur itu adalah bunyi fon aku.... oleh kerana aku masih di antara alam tidur dengan alam sedar lagi masa tu maka aku kurang jelas dengan suara si pemanggilnya lalu aku pun jawab 'ala kadar' je. masa dia tanya dia tu sapa aku terus jawab liza sebab masa sebelum tu liza and the geng ada nak pergi ke sogo jadi aku ingatkan dia lah yang fon aku tu untuk ajak g join dia ke sogo. tapi rupa-rupanya Mizz Bam yang talifon ajak aku gi Mydin cari barang 'dapur'.hehehe.

oleh kerana barang "dapur" aku pun dah nak habis aku terus setuju untuk ikut dia . dia kata nak gi sana dalam pukul 12.30 tgh  lalu aku cepat-cepat pergi mandi sebab sekarang dah 11.30 pg. tepat kul 12.30 aku pun mesej ke Bam kata yang aku dah siap. tapi sayang dia kata tungga jap, kereta belum sampai, sabar yer. ok aku tunggu.

sampai kul 1.59 ptg belum sampai-sampai lagi keretanya. ni tak boleh jadi... aku pun call Bam..tup tup..... ok kereta dah sampai, boleh turun dari bilik sekarang, kite orang tunggu kau kat bawah.... nasib baik dia dulu yang jawab kalau tak aku dah nak bagitahu dia yang aku dah tak ada mood dah nak pergi tu...

disebabkan kereta lewat sampai dan perut aku pun dah lapar, kami semua pun gi jamu selera dulu di Mc'd kat manes. aku pesan ayam, air, dan kentang tapi kenapa ye si jurujual tak tanya aku nak air besar atau kecil dan ayam nak yang mana satu seperti biasa yang mereka akan tanya. bahkan dia lepas ambil pesanan dia gi macam tu je. akibatnya aku dapat makan tak seperti biasa iaitu air bekas kecil, ayam bukan spicy... nak marah aku...........

lepas perut dah kekeyangan aku pun gi la ke Mydin. aku ambil je barang apa yang aku nak macam orang tak ingat dunia lagaknya.... dari barang jagaan rambut, sabun basuh sampai 4 kg, sabun mandi dan lain-lain.

selesai shopping di Mydin aku pun pergi pula ke Metro Kajang. tengok-tengok ada lagi tak duit lebih  untuk beli barang kat sini tak..... selamat duit aku dah habis kat Mydin... dan selesai dekat sini kami pun terus ke Manes semula untuk cari barang lagi ..... tak selamat di sini masuk je dah nampak mesin ATM... habis duit lagi....

dah sampai kul 11.45 mlm aku sampai semula di kolej... aduh letihnya.... tiba-tiba........................... plastik barang aku pecah do.... dah la hari ni plastik mahal.. dan waktu ni dah tengah malam, hujan lagi ... apalah nasib badan..... dan tiba-tiba juga aku dapat mesej dari Ita dan terus aku telefon kat dia untuk bawa plastik dan juga tolong bawa barang aku yang banyak giler ni ke bilik..... tak lama aku tunggu Ita dengan berkain sarung turun membawa beg kecil... mana muat dengan barang aku bro (dalam hati).. .dalam waktu yang sama Mira pun lalu dekat aku dengan motor terus aku panggil dia untuk tolong angkut barang2 aku ni dah tak larat aku nak pikul.... jadi dia orang pun angkut lah barang aku ni..... hehehe.... tula masa beli tak pikir..

so thank you too  Ita and Mira ..... kau lah kawan aku......
yang ni yang paling istimewa bagiku. muahhhhhhhhhh

ni lah yang aku beli.




dan lain2 lagi..
google..

Sunday, 4 March 2012

Aku + kawan2 + DBP +Times square

Jumaat 2 march 2012.

hari ni aku dan juga geng aku pergi ke Dpb dan times square (TS). masa dalam pejalanan aku nak naik bas ke KTM serdang, aku dan geng aku (aku, adda, nuyu dan ila) telah bertemu dengan geng-geng lain (pecahan kump kecil kawan2 aku) iaitu geng Bam dengan Nana (nak g masjib india), geng kak long (lina), sue dan sue lagi satu (budak L. Melayu) yang nak g Dbp juga dan geng last adalah geng liza, dayat, dan ninie yang nak g di TS untuk shopping katanye.

so mana geng tadi yang sehaluan dengan geng aku telah bergabung kerana destinasi kami sama dan hanya bam dengan nana je yang tak join kite orang. untuk sampai lebih cepat di destinasi kami telah membuat keputusan untuk turun dari KTM di Bandar tasik selatan dan naik LRT disin dan turun ke Hang Tuah. sesampainya kami di sini geng aku dan geng kak long masih bersama manakala geng liza plak g TS terus (tak sabar lah tu).

untuk tiba di DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) bukanlah sesuatu yang mudah. kami terpaksa menempuh laluan yang sangat mencabar. bagi yang kurang berani jangan buat-buat berani kerana jalan di sini sangat sibuk dengan kenderaan sama ada yang besar atau yang kecil semua memandu dengan sangat laju.

semasa di dalam kedai buku di DBP tempat yang pertama aku tuju adalah tempat novel. tapi masa aku pergi tu hanya yang ada banyak di sini adalah novel keluaran Jejari Seni sahaja yang lain kurang dan tiada langsung di atas raknya. dalam kedai ni melayang duit aku dalam Rm 150.00 henget.......

lepas duit aku melayang di DBP aku pun pergi la plak dekat TS. sampai je pintu masuk aku tengok barang-barang di sini semuanya murah giler-giler..... beg untuk g kelas atau seangkatan dengannya dijual dengan harga RM 19.00 hinggit je. so di sini duit aku melayang-layang plak la... aduh hai.. tapi tak pe yang penting aku be happy dengan barang yang aku beli tu..

salah satu novel yang aku beli.

*********
 


Monday, 26 December 2011

**Satu kisah dalam hidupku bersama Dr. Notts**

         Ini cerita aku di penggal kedua tahun 2011 yang diwarnai oleh banyak perkara sama ada yang manis mahupun sebaliknya tapi inilah yang menjadi asam garam kepada cerita dalam hidupku... cerita kehidupanku semakin di corak-corekkan dengan lebih meriah apabila aku masuk sebuah tempat yang di dalamnya ada seorang 'mahaguru' yang telah memperturunkan banyak ilmunya kepada aku dan kawan aku semua yang berada di tempat ini. " Mahaguru" aku banyak ilmu orangnya terutama bak-bak yang berkaitan dengan kecangihan dunia cyber ni dan dia juga seorang yang peramah, lucu, baik hati, penyayang (macam mak aku), dan sebagainya . Di "tempat ini" banyak mengajar aku tentang erti sabar yang sebenar (sampai tahap dewa) dan kerjasama dalam kumpulan. Kalau tak ada kerjasama, satu benda pun tak jadi dan jangan duk asyik makan dan tidur je dalam hidup ni (akulah salah seorang darinya) dan ada banyak benda lagi yang telah mengajar kami sepanjang aku berada dalam "tempat ini". 

bukan kerjasama macam ni ye, ni  kerjasama nak rosakkan l.top aku adalah.. aduh..

       Tugas pertama yang "Mahaguru" aku berikan adalah membuat satu majalah lebih kurang selepas itu buat video klip pula dalam setiap satu kumpulan dan masukkan ia ke dalam you tube. Disinilah juga telah membuka mata aku macam mana nak buat  ini menjadi sebuat video klip yang lengkap iaitu mengunakan movie maker. tajuk video pertama ahli kumpulan aku adalah 'bbk3408 cempaka sari "mungkinkah". dalam proses membuat video ni sampai tertidur-tidur aku di buatnya kerana sukar nak mengeditnya dan lama sangat masa untuk menyiapkannya.

masa nak buat video mungkinkah

      selepas buat video ni kami diuji lagi dengan diberi tugas untuk membuat satu lagi video klip dan di masukkan dalam youtube juga. tugas kali agak menarik juga iaitu hasilkan sebuah video Serammmm. untuk menghasikan video jenis ni agak sukar juga kerana semua ahli kumpulan aku ni termasuklah aku sendiri memang sukar sukar nak buat muka takut atau serius kecuali shidah dan ila je yang mampu berbuat demikian.. yang lain hancur. walau apapun hasilnya boleh tahan juga hehehe. 

 gambar ni masa video seram

     selain dari benda ni ada banyak lagi yang "Mahaguru" aku ajarkan dan aku sangat berterima kasih dengannya sebab banyak benda aku boleh belajar dengannya itu. antaranya adalah buat video klip dengan mengunakan kamera satu fakus je (video hey ladias), buat majalah atau papan cerita tentang barang apa yang kita nak jual, kena lukis satu papan iklan dan juga buat video klip yang tak menapakan muka kita tapi mesti ada cerita di dalamnya (video misi tangan). dan yang terbaru kumpulan aku buat adalah buat satu video klip (mesti kena masuk youtube) iaitu berkaitan dengan perbincangan atau perbahasan tentang sesuatu perkara.  kumpulan kami telah memilih tentang isu "kahwin paksa". mari layan video klip tentang " kahwin paksa" ni


     tugasan terakhir kami disini adalah membuat sebuah dokumentari tentang pencemaran. untuk melihat hasil kerja terakhir kami sila layan video ini ya semua.....



       banyak memory dan cerita menarik berlaku sepanjang aku berada di " Tempat ini". "tempat ini" yang aku maksudkan di dalam cerita aku ni adalah berkaitan dengan "kelas multimedia dalam kesusasteraan" dan "Mahagurunya" adalah Dr Normaliza atau Dr Notts iaitu pengajar kami.... saya sayangkan Dr Notts dan ini dia laman blognya http://aammwa.blogspot.com/. inilah orangnya

orangnya santai sahaja tapi banyak ilmu di dada..

 kumpulan cempaka sari


**Inilah ceritaku dan kenangan aku yang tidak mungkin kan berulang lagi dan lagi**

Sunday, 18 December 2011

Hari minggu bersama cerita korea

           semalam dengan hari ni aku hanya habiskan masa aku di bilik je. banyak benda telah aku lakukan hari ni dan semalam. contohnya aku dapat kemas bilik, basuh baju, makan sudah tentu, dan yang paling seronok dapat tengok cerita  korea. Rasanya dah lama aku tak tengok cerita korea ni. jadi bila ada perluang macam ni aku apa lagi terus cari koleksi cerita korea yang ada dalam simpanan aku. cerita pertama yang aku tengok adalah cerita  "p r o s e c u t o r  p r i n c e s s", cerita kedua "bad guy", cerita seterusnya "playful kiss". dalam ketiga-tiga cerita ni, bagi aku semuanya aku letakkan ia di dalam kategori "boleh tahan" iaitu tidak membosankan, tidak menghiburkan sangat, tidak sedih sangat dan bolehlah. dan sekarang aku sedang nak habiskan sebuah cerita korea lagi yang sedih sangat-sangat dan lebih sedih lagi dari cerita "ombak rindu" yang sedang ditayangkan di pawagan sekarang ni. tajuk cerita korea ni adalah "Sorry I Love You". diantara cerita cerita korea yang paling aku suka adalah cerita ni sebab jalan ceritanya menarik iaitu ia mengisahkan tentang seorang lelaki korea yang tinggal di luar negara dari kecil lagi dan pulang ke korea untuk mencari emak dan adik kandungnya. apabila dia sudah menemui kelurganya yang sebenar dia tetap tak dapat bersatu dengan mereka sebab masanya sudah tiba... saat nilah yang paling sedih sangat-sangat. kalau anda nak rasai kesedihan cerita ini sila tonton..


(diambil dr google)


("bad guy" google)


(google)
Image Detail
(google)

Image Detail
(google)

Image Detail
(hero 'sorry i love you' google)

Image Detail
(hero kedua. google)


Friday, 16 December 2011

Iklan yang menyentuh perasaan dan sarat dengan pengajaran.

semasa aku sibuk cari duk cari lagu-lagu kesukaan aku di youtube, dengan tak sengaja aku terjumpa dengan beberapa iklan dari Thailand yang menarik minat aku untuk menontonnya. Ada diantara iklan-iklan ini yang sangat-sangat menyentuh perasaan aku dan ada sangat-sangat lawak tapi ada pengajaran. 

dalam iklan pertama yang aku tonton ada yang sangat menyentuh perasaan aku ni iaitu ia memaparkan sebuah kisah tentang seorang gadis bisu yang punya semangat dan keinginan untuk  bermain biola. namun hasratnya itu tidak disenangi oleh seorang gadis normal yang sentiasa menghina kerana kekurangan gadis bisu itu.

walau apapun, gadis bisu itu tidak pernah berputus asa, bahkan dengan nasihat dari ayahnya (juga bisu) dia tetap meneruskan cita-cita untuk bermain biola dan dia juga tidak pernah merasakan kekurangan yang ada pada dirinya itu sebagai satu halangan buatnya untuk mencapai impian dia.

(youtube)

iklan seterusnya adalah mengenai kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. oleh kerana kasihnya ayah kepada anaknya dia sanggup berkorban apa sahaja untuk anaknya. seperti kata perpatah Melayu mengatakan yang kasih seorang Ayah sampai ke mati. samalah macam iklan nie. dan sebagai anak, kita seharusnya terima apa sahaja kekurangan yang ada pada diri ayah kita.


(youtube)



dalam semua iklan ni, mesti satu pengajaran diselitkan yang boleh membuatkan kita sedar tentang banyak perkara dalam hidup kita.