Sunday 11 March 2012

jalan-jalan di sogo dan kawasan sekitar.,

      pada jumaat lepas (09/03/2021) aku, nozie dan adda gi ke sogo beli barang. setibanya aku di situ aku terus menuju ke mesin ATM, lepas tu aku pun terus pergi tengok  baju dan seluar yang di letakkan di bawah dengan harga yang murah giler. bukan je murah baju-baju yang ada di sini tapi lawa-lawa semuanya.

      oleh kerana hargnya yang murah aku terus ambil 4 pasang baju. memang giler. kalau sesiapapun yang ada di sini pasti akan jadi macam aku ni juga. selesai cari baju di bawahdan perutpun dah terasa lapar pula, jom gi makan dulu.... sebelum tu aku dan adda temankan nozie cari kasut untuknya dulu. dalam cari-cari kasut untuk nozie, adda pula yang jatuh hati terlebih dahulu dengan sepasang selipar. (lupa jenamanya). last sekali baru jumpa kasut yang nozie nak, lawa kasut ni. mari makan......... lapar ni...

       aku dengan nozie makan nasi campur dan adda pula makan laksa pinang. dah kenyang makan aku teman adda cari seluar pulak pilih punya pilih dia ambil sepasang seluar warna hitam cantik juga harga pun murah dalam RM40 lebih kurang. memang murah dan berkualiti kainnya.

       dah habis jelajah seluruh sogo kami pun keluar dari sogo dan menuju ke kawasan sekitarnya pulak. mula-mula aku nak tengok-tengok je tapi lepas tu terbeli barang pulak dah. mengalir lagi duit di sini. mula-mula cari kain tudung, selipar, dan termasuk pulak ke dalam sebuah kedai buku. dalam kedai ni semua buku ada sama ada novel, buku agama dan lain-lain. kerana banyaknya uku dalam kedai ni kami pun belilah pulak buku dua tiga biji buah ha ha ha....... dalam kedai ni habis aku melabur duit dalam RM 70 hinggit. tapi takpe buku itu ilmu....



      keluar dari kedai itu tengok-tengok kedai sekitar dan kami pun terjumpa sebuah kedai kain tudung yang nozie cari iaitu kedai NurKasih. dalam kedai ni banyak kain tudung yang cantik-cantik sama cantik dengan harganya. kami cuba nak tawar menawar tapi tak boleh. ok takpe aku tak nak beli tapi adda tetap beli 'orang kaya' katakan.

     akhir sekali kami pergi ke Mydin. Mydin lagi... nak buat cam mana disini barangnya murah-murah. tengok mana-mana barang murah.. dari tingkat bawah ke tingkat dan turun semula. cari yang mana suka. tup... tup... tup.... mengalir...mengalir... mengalir lagi duit aku macam air sungai je..

cuba nak makan nesvita pulak.. 

     oleh kerana hari dah lewat petang dan kaki pun dah x dapat berjalan dengan betul kami pun buat keputusan nak balik. tiba-tiba dalam perjalanan tu kami singgah di sebuah kedai baju. dalam kedai ni menjual baju-baju yang sangat menarik dan harganya pun boleh tahan dalam RM 20 hinggit je satu pasang. aku ambil satu, nozie satu, dan adda satu. tapi duit aku dah habih terpaksa lah minta dengan nozie dulu. terima kasih nozie sebab bagi pinjam.

   ok duit dah habih, kaki dah letih jom kita pula semua............

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.