Tuesday, 6 March 2012

Mizz Bam.




sabtu, 3 mac 2012.

sedang asyik dan lenanya aku duk tidur dengan roommate aku di bilik tiba-tiba aku terdengar satu bunyi....... makin lama makin jelas di telinga aku dan makin kabul pula mimpi aku. aduh..... rupa-rupanya bunyi yang mengganggu aku tidur itu adalah bunyi fon aku.... oleh kerana aku masih di antara alam tidur dengan alam sedar lagi masa tu maka aku kurang jelas dengan suara si pemanggilnya lalu aku pun jawab 'ala kadar' je. masa dia tanya dia tu sapa aku terus jawab liza sebab masa sebelum tu liza and the geng ada nak pergi ke sogo jadi aku ingatkan dia lah yang fon aku tu untuk ajak g join dia ke sogo. tapi rupa-rupanya Mizz Bam yang talifon ajak aku gi Mydin cari barang 'dapur'.hehehe.

oleh kerana barang "dapur" aku pun dah nak habis aku terus setuju untuk ikut dia . dia kata nak gi sana dalam pukul 12.30 tgh  lalu aku cepat-cepat pergi mandi sebab sekarang dah 11.30 pg. tepat kul 12.30 aku pun mesej ke Bam kata yang aku dah siap. tapi sayang dia kata tungga jap, kereta belum sampai, sabar yer. ok aku tunggu.

sampai kul 1.59 ptg belum sampai-sampai lagi keretanya. ni tak boleh jadi... aku pun call Bam..tup tup..... ok kereta dah sampai, boleh turun dari bilik sekarang, kite orang tunggu kau kat bawah.... nasib baik dia dulu yang jawab kalau tak aku dah nak bagitahu dia yang aku dah tak ada mood dah nak pergi tu...

disebabkan kereta lewat sampai dan perut aku pun dah lapar, kami semua pun gi jamu selera dulu di Mc'd kat manes. aku pesan ayam, air, dan kentang tapi kenapa ye si jurujual tak tanya aku nak air besar atau kecil dan ayam nak yang mana satu seperti biasa yang mereka akan tanya. bahkan dia lepas ambil pesanan dia gi macam tu je. akibatnya aku dapat makan tak seperti biasa iaitu air bekas kecil, ayam bukan spicy... nak marah aku...........

lepas perut dah kekeyangan aku pun gi la ke Mydin. aku ambil je barang apa yang aku nak macam orang tak ingat dunia lagaknya.... dari barang jagaan rambut, sabun basuh sampai 4 kg, sabun mandi dan lain-lain.

selesai shopping di Mydin aku pun pergi pula ke Metro Kajang. tengok-tengok ada lagi tak duit lebih  untuk beli barang kat sini tak..... selamat duit aku dah habis kat Mydin... dan selesai dekat sini kami pun terus ke Manes semula untuk cari barang lagi ..... tak selamat di sini masuk je dah nampak mesin ATM... habis duit lagi....

dah sampai kul 11.45 mlm aku sampai semula di kolej... aduh letihnya.... tiba-tiba........................... plastik barang aku pecah do.... dah la hari ni plastik mahal.. dan waktu ni dah tengah malam, hujan lagi ... apalah nasib badan..... dan tiba-tiba juga aku dapat mesej dari Ita dan terus aku telefon kat dia untuk bawa plastik dan juga tolong bawa barang aku yang banyak giler ni ke bilik..... tak lama aku tunggu Ita dengan berkain sarung turun membawa beg kecil... mana muat dengan barang aku bro (dalam hati).. .dalam waktu yang sama Mira pun lalu dekat aku dengan motor terus aku panggil dia untuk tolong angkut barang2 aku ni dah tak larat aku nak pikul.... jadi dia orang pun angkut lah barang aku ni..... hehehe.... tula masa beli tak pikir..

so thank you too  Ita and Mira ..... kau lah kawan aku......
yang ni yang paling istimewa bagiku. muahhhhhhhhhh

ni lah yang aku beli.




dan lain2 lagi..
google..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.